My Blog List

Saturday, December 4, 2010

Cinta terlarang kerana Allah s.w.t...??? (sebuah cerpen)

Cerpen yang mengisahkan pasangan ber"couple" Menggunakan nama islam untuk mencapai matlamat peribadi dan akhirnya tersedar akan kesilapan mereka...baca dan hayatilah carpen ini 

********************

“Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~… -Amin, UK-”



Aku mencapai telefon tanganku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.  Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. ‘Boring’ juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.



Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas solatAsar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan ‘early dinner’ di situ.

Kemudian, satu detik yang agak ‘mengingatkan’ bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku… Dia ada bertanya “Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?” Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ‘COUPLE’ yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap.



Huh. Agak menduga, tapi ’simple’ saja. “Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit la pendek cerita!.” “Hmm..” Amin hanya mengangguk-angguk. “Dalam Islam ada ke macam ni?” Amin menduga lagi. Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia ‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah! “Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…” Amin cuba menyedapkan hati.



Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak ‘rasmi’ ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku.



SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan – ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.’

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain.

Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ‘playboy’ pada masa kini.Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.‘Tuuut. Tuuut…’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar. “Esok free tak? Boleh kita chatting?” “Boleh… Saya free je.” jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat ’surprise.’ Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk ‘wish birthday’ aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku. “Ok.Tq…” balasnya pula. Keesokannya, aku menanti awal dia online. ‘Tuk. Tuk. Tuk..’ Amin has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya…


Amin: assalamualaikum wbt.

 Wani: wsalam…

 Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

 Wani: alhamdulillah… sihat2..=) awak?

 Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni… tp takpe, ok je semua

 Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week…

 Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit…

 Wani: wah, rajinnya… baguslah!

Amin: hurm…

 Amin: study macam mana?


 Wani: ok je… new sem ni berat sket.. Jadual pack.

 Amin: oic…

Amin: takpe, study rajin2 ye..

 Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

 Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya la… sila2..

 Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

 Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?

 Wani: so, statusnya kawan je la…

 Amin: hurm…

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la – antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima.. Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

 Wani: jadi…

 Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

 Amin: sbb……

 Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…

 Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

 Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…

 Amin: huh…

 Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

 Amin: kononnya Islamik…

 Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…

 Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..

 Amin: hurm…..

 Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

 Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

 Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…

 Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membasahi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi… Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu.

Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa… Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka.

Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu. Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini. Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

 Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam. Signed out


Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya…

AKU SEDAR YANG KAMI TELAH MEMPERGUNAKAN ISLAM UNTUK MENCAPAI MATLAMAT PERIBADI....



Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin. “Ya bang, Wani

turun…”Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta


brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)
                            http://www.tagged.com/jagaauratanda (tagged)

sumber:http://ismapenang.wordpress.com/

Friday, December 3, 2010

xmo bljr bleh???

Bismillahirahmanirahim......
mlm nih sgt penatttt....
ingt weeknd nih kena siapkan projek lab report yg kena guna progrming nih....
tp setelah 6jam duk tercengat kat ats kerusi mnghadap laptop siap jgk....
ksian laptop nih xrehat2 sjk smpi uk nih....
siap pon sbb berkat kwn2 tlg.....
kena bersngkang mata...smpi sakit pinggang ni wuuuu....n sambil mngunyah 3in 1
tp xpe weeknd nih dh xyah wat hmwok mcm weeknd sblumnya...hooray....
ape nk wat weeknd nih yer? plannya:
1-tgk movie kartun the prncess n the frog yg xabes2 lgi tuh 2bln dah....
2-nk msk jgk sup ayam yg aku dh plan nk wat sjak 2mnggu tp xsempat nk msk....
3-kemas bilik
4-maen salji kot kalu tahan sejuk....
5-tido ler.....
next week kerja bertimbun mnunggu....but 1st enjoy this weeknd....

Thursday, December 2, 2010

kan best kalau.....

Bismillahirahmanirahim.......

kan best kalau....
mkn nasi depan tv....sambil layan crita indon+thai yg kol3ptg tuh....

kan best kalau.....
duk lawan game ngn adik2 kat skrin laptop.....

kan best kalau.....
ptg2 naek basikal or men bdminton depan rumah.....

kan best kalau.....
makan cendol,abc masa cuaca tgh panas....

kan best kalau....
hari2 xyah pikir duk wat assignment jer....

kan best kalau.....
bngun jer tido nmpk mknn...xyah masak

kan best kalau.....
dpt rasa semua tuh kan??? hmmmm......

Tuesday, November 30, 2010

salji-first moment

Bismillahirahmanirahim....
Alhamdunillah xterjngka oleh akal aku utk smpi kat bumi Allah di uk nih.....lagi2utk merasa salji..... skrg dah musim salji.....dah beberapa hari dah salji turun....hari 1st turun-mmg jakung...tgk2 tingkap nmpk benda putih2 kat jln...teros grab sweater n kuar rumah....n teros senyum kambing sambil pegang salji.....n semalam kitorg main snowfighting.....kadang2 salji lebat kadang2 dia xturun.....n smlm bila bru jer salji lebat turun kiorg teros maen2.....xsmpt nk wat snowman lgi sbb salji xtebal lgi.....syukur sbb dpt jgk aku merasa winter... slalunya tgk tv jer...tp mmg sejuk...suhu skrg nih mmg bwh 0celcius..pling sejuk sampai -6celcius..... kaki tgn xyah ckp la beku....peti ais kat rumah pon rsenye smpi 0celcius jer....if u ask me what i feel? n my answer will be "best3x"....yela jakung kan.....







Thursday, November 25, 2010

saya nak nih.....

Bismillahirahmanirahim
 im not pregnant tp saya mengidam nk mkn kat bwh nih
some1 plez pos kat sini....











sedapnya.........kalian yg ada di Msia..akhir kata hargailah makanan kbngsaan kita....

Tuesday, November 23, 2010

how much she loves me...=)

Bismillahirahmanirahim
how much she loves me
willing to wake up early in the morning everyday
open the laptop
open skype
open facebook
just wanna see what her daughter doing
it just only me getting more busier with assignment
do not have much time for her
but she still waiting for me
waiting until its morning here eventhough its already evening there
doesnt matter at what time.... she still on9
i can see her face happy seeing me
even though its only for a little while
thanks Allah for giving me a precious caring mother
hope there is another time i can see her again
"O Allah forgive my mother sins and place her in Your Jannah"
Ameen Ya Rabbal Al Amin

watchOUT.....AndA sDg diPerHAtikaN....

Bismillahirahmanirahim.....
mcm scary jer dgr title tu kan.....nothing seriously..juz wanna story2 sikit sal idop as a muslim student here..... juz imagine dlm satu dwn lecture dlm lbih kurang 100org ade 2org yg pkai tdung duk kat tepi barisan no6 dri depan tu...sape lgi kalu bkn aku n my fren meera...its a little awkward mse first2 tuh......depa semua tgk pelik jer kat kitorg.....
POSITIF SIDE: 1) lecturer knl kitorg more than matsaleh semua 2)dberi more perhatian
NEGATIF SIDE: 1)if salah sorg dri kitorg xdtg kls..kantoilah....kan....2org jer yg pkai tdung dlm kls tuh... cannot skip class.... 2)kena jga leklok penampilan n sikap....sbbnya dorg sntiasa perhatikan cmne org Islam nih...oleh yg demikian pesanan kpd aku" jgn suka sgt tido dlm kls okeh!!!

honestly....byk dugaannya idop kat sini as a muslim....lagi2 bila dorg ckp kita ni terrorist....mcm2 dah aku dah kena...tp tu semua ujian....sedangkan Rasullulah SAW mnghadapi byk lgi tentangn smasa hndak berdakwah... inikan aku...bru ckit yg kena....ganjaran Allah itu besar bgi hamba-hambaNya yg bersabar....
owhhh yer..skrg dah masuk winter...sejukkkkkk...tp belom salji lagi huhuhu suhu 3-6celcius....